Duta & Penasihat Haramain Group
Ustaz Dato Kamaruddin Zakaria
Mantan Imam Besar Masjid Negara
Sesungguhnya ibadah qurban juga merupakan kaedah terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana juga dengan ibadat solat. Ibadah qurban juga dapat menjadi salah satu ukuran aspek takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa.


Elfira Loy
Pelakon
Ibadah qurban dan aqiqah ialah cara kita menzahirkan kesyukuran kepada Allah. Qurban tanda kesyukuran atas sekian banyak nikmat Allah sepanjang tahun. Aqiqah pula sebagai tanda kesyukuran atas anugerah zuriat yang diamanatkan kepada kita. Siapa yang bersyukur atas nikmat yang diterima, nikmat itu akan berkekalan dan diberkati.

Firdaus Wong
Pengasas Multiracial Reverted Muslim (MRM)
Ibadah Qurban adalah sangat dituntut di dalam agama Islam kerana hukum menunaikannya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut dan digalakkan.