Information
Soalan Lazim - Qurban
Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Eidhul Adha atau Hari Raya Haji.
Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.
- Apa hukum memakan daging korban?
Daging korban wajib, contohnya seperti korban nazar adalah haram dimakan oleh orang yang berkorban. Daging korban sunat pula, contohnya seperti korban Eidul Adha adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban sekadar untuk sekali makan, selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Diutamakan fakir miskin daripada keluarga, kemudian fakir miskin yang menjadi jiran tetangga.
Jantung hati ternakan korban sunat dimakan, kerana menurut hadis riwayat Al-Baihaqi:
“Rasulullah SAW memakan hati korbannya.”
Allah swt juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah swt surah Al-Haj 28 yang bermaksud:
“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.”
Daging dan kulit haiwan korban dilarang diperjualbelikan, kerana menurut hadis riwayat Al-Hakim yang disahihkannya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.”
Demikian pula tidak boleh memberikannya kepada penyembelih sebagai upah. Kulit ternakan korban halal dimanfaatkan oleh yang empunya, seperti membuat bekas air dan sebagainya
- Siapakah golongan yang dianjurkan untuk berkorban?
Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah:
- Orang Islam
- Merdeka
- Baligh (Dewasa)
- Berakal-berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
- Mampu – apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah;
Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu.”
Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
Sunat hukumnya berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya, seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.
Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya.”
- Haiwan-haiwan yang dibolehkan untuk berkorban?
Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:
- Kibas, biri-biri atau domba
- Kambing
- Lembu atau Kerbau
- Unta
Haiwan-haiwan tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:
- Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
- Lembu, lebih dua tahun.
- Unta lebih lima tahun.
Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:
“Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)
Haiwan yang patah tanduknya tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.
Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri.”
Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i berkata:
“Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik.”
- Bagaimana kadar bagi binatang korban?
Seekor kambing atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah korban yang cukup untuk satu keluarga. Pendapat ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan Ibnu Majah dari ‘Athaa ibn Yasar, ujarnya:
”Aku telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary: Berapakah korban yang tuan-tuan lakukan pada masa Rasulullah? Abu Aiyub menjawab: Ada seorang lelaki pada masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing untuk dirinya dan ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu dan sebahagian diberikannya kepada orang lain, hingga manusia telah termengah-mengahan dengan udhiyah itu, dan terjadilah seperti engkau persaksikan sekarang ini.”
Seekor lembu atau unta boleh dikongsi 7 orang, kerana menurut hadis Muslim dari Jabir:
“Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Al-Barqani menyatakan:
“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu dengan seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”
Di samping itu, pernah para sahabat berkongsi 10 orang untuk satu unta yang dijadikan korban tanpa dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
- Bila waktu penyembelihan korban?
Waktu penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah solat Eidul Adha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.
Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau sesudah waktu itu, tidak sah korbannya, kerana maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan:
“Yang mula-mula kami perbuat pada hari kami ini (hari raya haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami meyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia sesuai dengan sunah kami. Sebaliknya sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disuguhkan kepada keluarganya tidak sedikitpun termasuk ibadat (korban).”
- Bolehkah mewakilkan pelaksanaan korban?
Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging korban dipindahkan ke negeri lain.
Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu.
Said Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafi’e di Mekah, pernah ditanya orang tentang masalah itu dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah?
Said Al-Bakri dalam kitabnya “I’anatut Thalibin” memuat jawapan terhadap pertanyaan tersebut, jawabnya ialah sah dan boleh berwakil untuk pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.
Imam kita (mazhab Syafi’e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya boleh berwakil kepada orang lain untuk menyembelih korban. Dan boleh pula berwasiat untuk membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan yang empunya korban itu sunat menyaksikan upacara penyembelihan korbannya.
Dalam hal ini hukumnya adalah sama dengan hukum untuk ibadah aqiqah.
Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah (korban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.
Walaupun begitu, tidak boleh seseorang melakukan korban bagi pihak orang lain kecuali dengan izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak termasuk ibadah korban yang dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri .
Maka ayah boleh menyembelih korban untuk anaknya, dan begitu juga sebaliknya, anak boleh menyembelih korban ibu yang menjadi tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu.
Adapun orang yang sudah mati sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat untuk berkorban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan korban untuknya. Wasiat itu dianggap sebagai izinnya.
- Apa yang perlu sewaktu penyembelihan korban?
Perkara yang disunatkan ketika penyembelihan korban adalah:
1. Bermula dengan “Bismillahir rahmanir rahim.” Imam Malik menyatakan bahawa setiap penyembelihan yang tidak bermula dengan “bismillah” hukumnya haram, baik ditinggalkan dengan sengaja atau lupa. Imam Abu Hanifah pula berpendapat, jika ditinggalkan dengan sengaja, haram, tetapi jika ditinggalkan kerana lupa, halal. Imam Syafi’e berpendapat sunat membacanya. Jika tertinggal baik dengan sengaja atau lupa, hukumnya halal, asal saja penyembelih itu orang yang mengetahui.
- Takbir tiga kali sesudah membaca bismillah.
- Selawat dan salam kepada Nabi s.a.w.
- Mengadap kiblat.
- Doa supaya korban itu diterima oleh Allah, seperti membaca:
Maksudnya: “Ya Allah, nikmat ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, maka terimalah daripadaku.”
- Mengasah pisau supaya lebih tajam.
- Menyorong dan menarik serta menekan pisau dengan kuat ke leher haiwan.
- Membaringkan haiwan itu dengan lambung kirinya ke tanah atau tangan kiri penyembelih sebelah kepala haiwan.
- Mengikat semua kakinya dengan tali kecuali kaki kanan sebelah belakang.
- Sembahyang sunat dua rakaat, selepas menyembelih seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Buangkan pisau yang ada di tanganmu, kemudian rukuklah (solatlah) dua rakaat kerana sesungguhnya tiada seorang yang solat dua rakaat (selesai meyembelih) dan memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memperkenankannya.”
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh. Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. – Surah al-Kautsar: ayat 2 Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. – Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”.
Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.
Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;
- Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
- Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
- Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
- Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;
Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27. Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: ‘Aku pasti membunuhmu?’ Habil berkata: ‘Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa’”.
Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.
Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.
Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.
Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno.
Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja.
Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah; Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam.
Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah solat Eidhul Adha, sehingga terbenam matahari tanggal ke 13 Zulhijjah. Maka waktu menyembelih haiwan korban ada 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W; yang bermaksud, “Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai korban.”
Para ulama berbeza pendapat tentang menentukan haiwan jantan atau betina yang lebih baik dijadikan korban Mengikut pendapat dalam mazhab Imam Syafie, haiwan jantan lebih baik dari haiwan betina. Kesimpulan yang boleh kita berikan ialah kedua-dua jantina sama ada jantan atau betina boleh disembelih sebagai haiwan korban.
Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi; “Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.” Hadis riwayat Muslim. Dalam sebuah hadis lain dari al-Barqani; “Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi; “Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.” Hadis riwayat Muslim. Dalam sebuah hadis lain dari al-Barqani; “Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Terlaksananya korban adalah dengan berlakunya penyembelihan haiwan tertentu dan mengalirnya darah haiwan tersebut. Adapun perkara lain, seperti sunat seseorang itu memakan sebahagian daging korbannya, atau menyimpan sebahagian, atau bersedekah dengan sebahagiannya lagi adalah amalan sampingan dalam ibadah korban. Maka kita dapati bahawa bersedekah dengan sejumlah wang ataupun sejumlah daging yang dibeli bagi mengantikan sembelihan haiwan korban yang telah ditentukan adalah tidak menepati tuntutan ibadah korban itu sendiri, berbeza dengan zakat fitrah, ia bertujuan mengurangkan bebanan orang-orang miskin.
Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk dijadikan sembelihan korban, imam-imam mazhab berbeza pendapat, ini kerana banyak sumber dari hadis yang memberi isyarat akan kelebihan setiap haiwan yang dibolehkan untuk dijadikan sembelihan korban. Secara umumnya semua bersetuju manfaat penyembelihan korban tersebut akan lebih bererti jika dapat dinikmati oleh lebih ramai orang, maka kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak dagingnya boleh dianggap lebih afdal daripada haiwan yang lain tanpa kita menentukan jenisnya.
Berkongsi seekor kambing bagi mewakili korban satu keluarga adalah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat, dalam sebuah hadis Nabi S.A.W.; “Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang berkorban dengan seekor domba untuknya dan untuk keluarga seisi rumahnya. Mereka memakan dan mereka berikan orang lain sampai manusia merasa senang, sehingga mereka menjadi seperti yang engkau lihat.” Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi. Ulama’ besar Asy Syaukani dalam kitabnya Al Raudlah 2:210, menyatakan : “Adanya perintah berkorban, menunjukkan kepada wajibnya. Perintah itu ditujukan atas tuan rumah. Udhiyah (korban) itu, jika dikatakan wajib, maka bagi isi satu rumah diwajibkan atas kepala keluarga, atau atas orang yang mengepalainya, dan bagi orang yang tidak berkeluarga, atau belum mempunyai rumah tangga yang ia urusi, maka atas dirinya.”
Berkongsi seekor kambing bagi mewakili korban satu keluarga adalah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat, dalam sebuah hadis Nabi S.A.W.; “Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang berkorban dengan seekor domba untuknya dan untuk keluarga seisi rumahnya. Mereka memakan dan mereka berikan orang lain sampai manusia merasa senang, sehingga mereka menjadi seperti yang engkau lihat.” Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi. Ulama’ besar Asy Syaukani dalam kitabnya Al Raudlah 2:210, menyatakan : “Adanya perintah berkorban, menunjukkan kepada wajibnya. Perintah itu ditujukan atas tuan rumah. Udhiyah (korban) itu, jika dikatakan wajib, maka bagi isi satu rumah diwajibkan atas kepala keluarga, atau atas orang yang mengepalainya, dan bagi orang yang tidak berkeluarga, atau belum mempunyai rumah tangga yang ia urusi, maka atas dirinya.”
Islam telah meletakkan syarat bahawa seekor kambing boleh dijadikan haiwan sembelihan korban bagi satu kepala atau seorang sahaja, manakala mereka yang telah membeli seekor kambing bagi tujuan korban dengan berkongsi wang, maka mereka hanya mendapat pahala perkongsian selagi mana penyembelihan belum berlaku kerana niat yang baik membeli seekor kambing bagi tujuan korban, akan tetapi selepas penyembelihan haiwan tersebut, pahala itu hanya untuk orang yang di atas namanya haiwan korban itu disembelih.
Menyembelih haiwan korban tertentu seperti yang telah ditentukan oleh syarak adalah wajib, kita tidak diberi pilihan bagi menyembelih haiwan lain, ia bertujuan mendapatkan ganjaran yang terbaik yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, apabila kita tiada kemampuan, maka kita disunatkan menyembelih sesuatu seperti ayam, burung, itik dan sebagainya bagi meraikan hari raya korban yang disambut.
Menurut pendapat semua mazhab, ibadah korban juga dituntut ke atas orang yang bermusafir walau di mana mereka berada, ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang mana Baginda telah menyembelih seekor lembu korban di Mina untuk isteri-isterinya. Hadis Riwayat Bukhari & Muslim. Bagaimanapun, mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang musafir tidak dituntut berkorban kerana akan membebankannya seperti mana mereka juga tidak dituntut bersolat Jumaat ketika bermusafir.
Korban bagi anak kecil adalah atas tanggungjawab ibu bapanya seperti juga aqiqah, khususnya ibu bapa yang mempunyai kelapangan dan kemampuan. Jika seseorang itu berniat ingin membuat korban untuknya maka ia tidak menjadi masalah, akan tetapi jika didahulukan aqiqah adalah lebih baik, kerana aqiqah adalah suatu tuntutan kepada ibu bapa terhadap anak tersebut, sedangkan korban pula adalah suatu sunnah sahaja.
Bagi seorang anak kecil maka sudah tentu aqiqah perlu didahulukan daripada korban. Sebabnya ialah, pertama; kerana ibadah aqiqah merupakan tanggungjawab ibu bapanya yang perlu dilaksanakan seawal mungkin, kedua ;
korban merupakan pengorbanan individu yang dituntut bagi mendapatkan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T., sedangkan tuntutan tersebut belum terletak di atas diri anak itu kerana ia masih kecil dan tiada kemampuan sendiri.
Walau bagaimanapun jika bertemu hari aqiqah anak saudara dengan hari raya korban, maka dibolehkan berniat sembelihan tersebut untuk aqiqah dan korban bagi anak tersebut
Orang yang telah meninggal dunia amat memerlukan kepada orang yang masih hidup, khususnya dari kalangan ahli keluarga bagi meneruskan amal kebajikan yang boleh menambah bekalan amal baik sebagai bekalan di akhirat nanti. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunat dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, maka berkorban bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia boleh dilaksanakan mengikut pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali. Berdoalah kepada Allah S.W.T supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala kebajikannya kepada kedua ibu bapa.
Korban seperti yang kita ketahui adalah sebahagian daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, mengikut pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali terpulanglah kepada warisnya untuk melakukan amal kebajikan tersebut untuk anaknya, dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala kepada anaknya.
Melaksanakan korban memerlukan niat yang sengaja, dan disertai dengan rasa kepatuhan kepada Allah S.W.T. Seseorang yang berkorban perlu sedar yang ia sedang melaksanakan suatu tuntutan ibadah yang dinamakan korban. Manakala korban yang dilaksanakan oleh orang lain tanpa pengetahuan orang kedua, maka ia tidak memberikan kesempurnaan kepada perlaksanaan korban itu sendiri, oleh itu kita tidak boleh melaksanakan korban bagi orang lain melainkan dengan keizinannya, kecuali ahli keluarga.
Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah ditanya:
“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.”
Hukum asal penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang korbannya bagi pihak dirinya.
Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil pada membeli na’am korban di negeri yang lain dan pada menyembelinya dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada negeri Makkah atau lainnya… Akan datang kenyataannya dan sayugianya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini.
Jika korban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar , maka daging korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban. Semua daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Kita memang dibenarkan oleh agama untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban yang kita lakukan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah sebahagian daging korban kamu.” Mengikut pendapat ulama, kita dibolehkan memakan sepertiga daripada daging korban tersebut.
Hakikat dan tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T melalui ibadah korban dengan mengorbankan sesuatu untuk dirasai oleh orang lain, bukan mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Jadi, menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan matlamat yang digariskan. Oleh itu, menjual daging haiwan korban adalah tidak dibolehkan. Kita hanya digalakkan memakan sebahagian daripada daging korban tersebut bagi mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut.
Menjual kulit haiwan korban adalah dilarang oleh agama, kerana ia bertentangan dengan matlamat dan tujuan sebenar korban itu dianjurkan, dan ia juga bertepatan dengan sebuah hadis Nabi S.A.W yang berbunyi; “Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.” Hadis riwayat Hakim. Walau bagaimanapun, menurut pendapat Imam Abu Hanifah, kulit haiwan korban boleh dijual dan harganya disedekahkan atau dibelikan sesuatu keperluan rumahtangga.
Memakan sebahagian daripada daging korban itu dibolehkan oleh agama untuk kita sama-sama merasa dan mendapat keberkatan dari ibadah tersebut, adapun jika seseorang ingin bersedekah dan memberikan semua daging korban tersebut kepada mereka yang layak menerimanya, maka ia amatlah baik sekali.
Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan korban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki. Ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali R.A.; “Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari bahagian yang ada pada kami.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan hati haiwan korban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi, “Rasulullah S.A.W memakan hati korbannya.” Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 28; Maksud ayat “Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”
Matlamat dan tujuan kita dianjurkan berkorban adalah jelas, antara lain mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang dikurniakan sepanjang tahun tersebut, dan memberikan orang lain sama-sama merasa nikmat Allah S.W.T, di samping merapatkan lagi ukhuwwah sesama umat. Oleh itu pemberian daging korban kepada orang yang bukan Islam tidak bercanggah dengan mana-mana tujuan korban itu dianjurkan, maka mengikut pandangan mazhab Hanbali adalah dibenarkan kita memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada orang bukan Islam, tetapi daging korban wajib tidak boleh kita berikan kepada orang bukan Islam.
Seperti mana kita dibenarkan memberikan daging korban sunat kepada orang bukan Islam berdasarkan kepada pandangan mazhab Hanbali, maka menjemput mereka makan daging sembelihan korban sunat adalah dibolehkan asalkan ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan tujuan dan matlamat murni korban itu sendiri, dan juga syaratnya ialah bukan daripada daging korban wajib.
Ibadah korban hanya tercapai dengan berlakunya penyembelihan haiwan korban tertentu, pada hari-hari tertentu, dengan berlakunya tumpahan darah dari haiwan yang disembelih, maka terlaksanalah ibadah korban. Oleh itu, sembelihan mestilah berlaku dengan niat yang satu iaitu korban. Akan tetapi ada pendapat di dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa berkongsi bahagian dalam seekor lembu korban dengan niat yang berbeza adalah dibenarkan, dan setiap orang mendapat hak masing-masing.
Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, manakala aqiqah disunatkan dilakukan pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, untuk disekalikan ibadah aqiqah dan korban bergantung kepada waktu ketika itu.
Korban ini dituntut kepada yang sudah akil baligh dan yang dah laksanakan aqiqah serta yang masih hidup, tiada keperluan untuk lakukan kepada arwah melainkan ditinggalkan wasiat.
Tak boleh kerana korban ni tuntutan fardhu ain dan sangat dituntut keatas individu.
Kita sebagai orang awam tak mampu nak lakukan korban untuk orang khusus.
Boleh, tapi dengan izin orang yang kita nak niatkan tu. Kerana korban ini tuntutan keatas individu.
Memang, asal hukum ialah satu bahagian mewakili nama seorang sahaja. Namun, dari sudut pahala, InsyaAll Allah akan bahagikan pahala pada syiar, pelaksanaan sunnah, dan tolong menolong atas kebaikan.
Tidak dinafikan bahawa melakukan ibadah korban dengan cara berhutang itu adalah sah mengikut hukum syarak. Namun, memaksa diri untuk berhutang adalah satu tindakan yang tidak digalakkan oleh Islam, apatah lagi memaksa diri untuk melakukan ibadat padahal dia tidak berkemampuan. Hal ini kerana tuntutan beribadat dalam agama itu bukanlah untuk membebankan manusia sehingga perlu berhutang dan membebankan diri untuk
melunaskannya.
Maka wajib niat ketika kita mewakilkan kepada orang tersebut,atau pun menyuruh orang yang diwakilkan berniat untuk kita
Soalan Lazim - Aqiqah
Hukum melaksanakan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunat dan sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Pendapat yang sedemikian adalah pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini. Sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis: “Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.”
Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya:
- Aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah SWT dari peringkat awal lagi.
- Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.
- Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
- Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
- Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.
Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi.
Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan korban ialah;
- Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah korban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
- Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
- Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang.
- Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.
Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut. Rasulullah S.A.W bersabda; “ Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Sudah menjadi intipati amalan dalam Islam bahawa setiap amalan itu perlu didahului dengan doa. Ini bagi menambahkan lagi kesempurnaan sesuatu ibadah itu. Maka dalam konteks penyembelihan haiwan aqiqah, pertama, saudara perlu membaca Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian diikuti dengan doa “Oh Tuhan, ini adalah aqiqah si Polan (sebut nama anak), ia merupakan nikmat daripada-Mu, dan kepada-Mu kami kembalikan.”
Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; “Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi. Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda; “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban. Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara; Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah. Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
- Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
- Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
- Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
- Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
- Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Menurut hadis-hadis yang diriwayatkan berkenaan dengan penentuan jumlah atau bahagian haiwan ternakan yang perlu bagi ibadah aqiqah, kita dituntut melaksanakan aqiqah dengan menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan atau seekor kambing bagi anak lelaki jika kurang berkemampuan. Walau bagaimanapun tidak ada hadis yang menyatakan keharusan berkongsi seekor kambing untuk dua orang anak bagi ibadah aqiqah. Jika seseorang kurang berkemampuan menunaikan tuntutan itu serentak, maka tunaikanlah seorang demi seorang anak dalam perlaksanaan aqiqah mengikut kemampuan.
Anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut. Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan; “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.
Seperti yang kita sama-sama ketahui bahawa bagi anak lelaki sunat diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, dan bagi anak perempuan sunat diaqiqahkan dengan 1 ekor kambing, akan tetapi jika sekiranya seekor lembu atau unta disembelih dengan niat menggantikan tujuh ekor kambing atau 7 bahagian aqiqah, maka ia dibolehkan.
Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki itu bukanlah suatu kemestian, kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah melaksanakan aqiqah cucu Baginda, Hassan dan Hussain dengan masing-masing seekor kambing. Dalam sebuah hadis telah diriwayatkan; “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.
Berhubung dengan persoalan saudara tentang had umur bagi perlaksanaan aqiqah, sebenarnya ada pendapat yang menyatakan bahawa had umur seseorang bagi melaksanakan aqiqah ialah sehingga anak itu baligh. Walau bagaimanapun, mengikut pandangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam kitabnya Fiqh al-Islami Wa Adilatuhu, bahawa “(Aqiqah) Tidak dikhususkan kepada anak ketika kecil, maka ibu bapa perlu melaksanakan aqiqah anak yang lahir walau selepas ia baligh, kerana tiada tempoh akhir bagi ibadah aqiqah.”
Saudara, mengikut pendapat Mazhab Imam Hanbali, seseorang itu boleh melaksanakan aqiqah bagi dirinya sendiri sebagai suatu keharusan bukan sebagai suatu tuntutan, ini kerana tuntutan perlaksanaan aqiqah untuk diri saudara adalah di atas tanggungjawab ibu bapa saudara, oleh kerana mereka tidak berkemampuan sehingga saudara dewasa, maka saudara dibolehkan melaksanakannya sendiri berdasarkan pandangan Imam Hanbali tersebut.
Saudara/ri, perlaksanaan aqiqah sebaik-baiknya dilaksanakan semasa anak berumur 7 hari atau 14 hari atau 21 hari atau sebelum baligh, akan tetapi aqiqah tidak dihadkan kepada anak kecil yang baru lahir sahaja, ianya juga dituntut kepada mereka yang sudah dewasa yang belum dilaksanakan aqiqah atas apa-apa sebab, maka ibu bapa hendaklah mengaqiqahkan anak mereka walaupun selepas mereka baligh kerana tiada had masa bagi tuntutan ibadah aqiqah.
Aqiqah adalah salah satu bentuk sedekah. Bersedekah dengan harta orang lain tidak dibenarkan di dalam Islam. Sedangkan orang yang menjaga harta anak yatim hanya pemegang amanah sementara waktu sahaja sehingga anak itu baligh. Maka melaksanakan aqiqah bagi pihak anak yatim dengan menggunakan harta anak yatim adalah tidak dibenarkan dalam Islam.
Aqiqah seperti yang kita ketahui adalah sebahagian daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, maka jika sekiranya saudari berniat ingin berbuat demikian dan saudari benar-benar mengetahui bahawa ibu bapa saudari belum diaqiqahkan, maka laksanakan dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya menerima amalan yang saudari ingin laksanakan. Akan tetapi sekiranya ibu bapa ada mewasiatkan demikian maka wajib ditunaikan.
Memang benar apa yang nyatakan, berbeza dengan korban yang dagingnya sunat diagihkan secara mentah, aqiqah pula sunat dimasak dengan masakan yang manis-manis dan dibuat jamuan atau diagihkan setelah dimasak. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah R.A.; “Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.”
Inilah antara perbezaan yang ada di antara korban dan aqiqah, daging korban sunat diagihkan dalam keadaan mentah, manakala daging aqiqah pula sunat diagihkan setelah dimasak dengan masakan yang manis. Adapun hikmah kenapa kita disarankan memasak daging aqiqah dengan masakan yang manis-manis ialah kerana ia sebagai doa harapan baik (tafa-ul), mudah-mudahan akhlak dan kelakuan anak tersebut akan menjadi baik dan manis dipandang.
Kita dituntut supaya tidak mematahkan tulang-tulang haiwan sembelihan aqiqah, akan tetapi sunnah dipotong mengikut sendi-sendi haiwan tersebut. Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W. mengadakan aqiqah anaknya, maka Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makan dan jamulah seleramu tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya”. Antara hikmah di sebaliknya tuntutan tersebut ialah supaya anak-anak tersebut akan membesar dengan sempurna dan tidak ditimpa perkara yang boleh mencacatkannya sehingga patah dan lain-lain. Wallahuaklam
Di samping menunjukkan kesyukuran kepada Allah S.W.T terhadap kurniaan anak, antara tujuan utama dianjurkan ibadah aqiqah di dalam Islam ialah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama keluarga, jiran, rakan taulan, dan orang Islam yang miskin dengan mengadakan kenduri dan jamuan, maka mengikut pendapat Imam Syafie menyembelih haiwan aqiqah dan membuat kenduri kahwin pada masa yang sama adalah dibolehkan.
Bagi menjawab pertanyaan tersebut, maka di sini kita kemukakan pandangan Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin, beliau menyatakan bahawa sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah, dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri.
Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan aqiqah kepada pihak tertentu, sama ada imam masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah sama ada pada musim Haji mahupun di luar musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan aqiqah kepada pihak lain yang dipercayai dan amanah adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya. Ini bertepatan dengan pendapat Sayid Al-Bakri di dalam kitabnya I’anatut Tolibin.
Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin menyatakan bahawa adalah sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Ini bermakna orang yang dimaksudkan oleh Sayid Al-Bakri itu sudah tentu tidak dapat melihat sendiri aqiqah yang dilaksanakan bagi pihaknya oleh pihak tertentu. Maka hukumnya adalah dibolehkan.
Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan korban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.
Kegembiraan serta kesyukuran kita menyambut kelahiran tidak akan meriah atau begitu dirasakan jika tidak diraikan bersama saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Maka semua mereka yang disebut tadi perlu merasakan sesuatu bagi sama-sama meraikan kegembiraan kita, bahagian yang diagihkan kepada orang Islam dipanggil sedekah, adapun yang diberikan kepada orang bukan Islam dipanggil hadiah. Dan memangpun menjadi hak jiran itu sama ada Muslim atau sebaliknya merasa gembira dengan kegembiraan kita dan bersedih dengan kesedihan kita, maka kita berpendapat bahawa menghadiahkan sedikit masakan jamuan aqiqah kepada jiran yang bukan Muslim tidak bertentangan dengan tujuan asal sambutan aqiqah itu dianjurkan. Bahkan jika kita tidak menghadiahkan sedikit makanan kepada jiran tersebut ianya akan membawa kesan yang kurang baik seperti perasaan kecil hati, tekanan perasaan anak-anak jiran yang terbau masakan jamuan tersebut dan lain-lain.
Memang tujuan sebenar tuntutan aqiqah ialah bersedekah bagi melahirkan kesyukuran atas kurniaan anak yang baru dilahirkan, akan tetapi jika sekiranya seseorang ingin mengambil keberkatan ibadah tersebut dengan memakan sedikit daripadanya adalah dibolehkan. Walau bagaimanapun bersedekah dengan semua daging aqiqah tersebut kepada yang memerlukan amatlah baik. Wallahuaklam
Memang kita dituntut memberikan sebahagian daging aqiqah kepada bidan yang menyambut dan merawat anak yang baru dilahirkan itu, bahkan kita disarankan memberikan kaki belakang sebelah kanan haiwan yang disembelih tersebut kepada bidan berkenaan. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang disahihkannya, bahawa “Fatimah telah melakukan hal sedemikian itu atas perintah Rasulullah S.A.W.”
Memang benar apa yang dinyatakan. Adalah disunatkan memberi kaki kanan belakang haiwan sembelihan aqiqah anak kita kepada bidan yang menyambut dan merawat anak tersebut. Ini bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W seperti dalam sebuah hadis riwayat Al-Hakim yang disahihkannya, bahawa “Fatimah telah melakukan hal sedemikian itu atas perintah Rasulullah S.A.W.”
Hakikat aqiqah sebenarnya adalah suatu bentuk sedekah, maka apa yang terbaik bagi sesuatu sedekah itu benar-benar dapat dimanfaatkan oleh pihak ketiga iaitu saudara mara, jiran tetangga dan orang miskin di kalangan umat Islam, maka menjual sesuatu daripada haiwan aqiqah itu mengurangkan nilai sedekah yang ingin dicapai dalam ibadah aqiqah tersebut. Maka jumhur ulama mengatakan bahawa tidak boleh dijual apa-apa bahagian daripada haiwan sembelihan aqiqah tersebut. Tetapi ada pendapat dalam mazhab Hanbali mengatakan ia boleh dijual asalkan nilai tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat awam.
Hikmah agama Islam menggalakkan kita melaksanakan ibadah aqiqah ialah untuk menunjukkan rasa syukur dengan berkongsi nikmat Allah S.W.T. dengan umat Islam yang lain terutama saudara mara yang terdekat dan saudara seagama yang kurang bernasib baik Adapun menjual daging tersebut tidak dapat mencapai matlamat tersebut, maka menjual daging aqiqah adalah tidak dibolehkan.
Adalah makruh melumurkan darah haiwan sembelihan aqiqah di kepala anak yang diaqiqahkan. Ini kerana Rasulullah melarang daripada perbuatan yang sedemikian. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah R.A.; “Mereka di zaman jahiliyyah menyapu darah haiwan aqiqah dengan kain lalu dilumur ke atas kepala anak yang baru dilahirkan itu, maka Nabi S.A.W memerintahkan mereka menukarkan darah tersebut dengan wangian.”
Adapun orang yang melumuri pintu rumah mereka dengan darah aqiqah atau korban adalah salah dan haram dari hukum agama. Ini kerana ia termasuk perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, dan kepercayaan yang mengatakan akan dijauhi syaitan apabila menyapu darah korban ataupun aqiqah pada pintu rumah adalah bertentangan dengan pegangan akidah umat Islam.
Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat, maka beberapa sunnah boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah tersebut, antaranya;
Mencukur rambut bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya.
Memberikan nama pada bayi tersebut.
Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambutnya yang telah dicukur.
Mengkhatan bayi tersebut.
Memang benar, mengkhatankan anak pada hari ketujuh dan hari penyembelihan aqiqahnya adalah sunat. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Al-Baihaqi daripada Aisyah R.A. “Bahawasanya Nabi S.A.W mengkhatankan Hassan dan Hussain pada hari ketujuh dari hari kelahiran mereka.”
Pada Hari Raya Korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuk anak tersebut, jadi apabila bertemu Hari Raya Korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal, saudara boleh menggabungkan niat perlaksanaan aqiqah anak dengan niat korban, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan hari raya maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja.
Polisi Membeli
Cancellation
- Cancellation and rescheduling need to be made or notified atleast 7 days prior to booked date.
- Contact us at our hotline number: +60186684704 for any arrangement of cancellation or rescheduling.
Refund
- Any cancellation booking made less than 7 days will result in cancellation fees. A cancellation fee is the 100% payment made for the reserved services.
- Any cancellation of unavoidable emergencies (ONLY) will received 100% refund.
- If refund is required, please provide us your detail (Name, Order Id and Receipt of Payment) to customerservice@aqiqaharamain.com
- Any refund without official prove receipt of payment will not be attended.
- Refund process will take 5-7 working days to be processed.
Langkah-Langkah Penyertaan
Langkah Pertama
Pilih Aqiqah ataupun Qurban.
Langkah Kedua
Isi maklumat peserta, tarikh penyembelihan dan berapa ekor kambing di website.
Langkah Ketiga
Lafaz Akad di website dengan hanya membaca ayat yang tertera di page tersebut dengan jelas dan terang.
Langkah Keempat
Isi maklumat penghantaran hadiah premium.
Langkah Kelima
Buat bayaran melalui sistem bayaran online banking yang kami sediakan. Selesai, Alhamdulillah.
Langkah Keenam
Kami akan hubungi semula di email ataupun di WhatsApp dengan video sembelihan, agihan dan juga penghantaran premium gift mengikut alamat yang telah diisi, selepas seminggu inshaAllah.
Hadiah Premium

Disertakan bersama kotak premium, sijil Aqiqah & Qurban, sejadah mini dan juga shopping coupon dari partner Aqiqaharamain bernilai RM500.

Penyembelihan & Agihan
Diantara ibadah aqiqah/qurban berserta pengagihan yang telah dilakukan di Tanah Suci Mekah